Politeknik Balik Pulau




JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI



NORFAZLINA BINTI MOHAMED SALEH
(21DIP14F1098)



PERBADANAN PUTRAJAYA,
KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA,
24, PERSIARAN PERDANA,
PRESINT 3, 62675 PUTRAJAYA.


DISEMBER 2015

BAB 1 : PENGENALAN

BAB 1
PENGENALAN

         1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI.

Latihan industri merupakan satu tempoh berada di alam pekerjaan yang memerlukan para pelajar merasai keadaan sebenar di dalam susah dan senang dalam dunia pekerjaan. Maka para pelajar yang belum pernah merasai dunia pekerjaan, inilah waktu bagi mengharunginya. Dengan cara ini, para pelajar telah mendapat gambaran yang sebenar tentang dunia pekerjaan. Pelajar-pelajar politeknik di seluruh dunia Malaysia akan menjalani proses latihan industri pada semesta empat bagi kursus di peringkat diploma selama lebih kurang lima bulan di sektor kerajaan atau syarikat swasta yang telah dipilih dan mendapat tawaran tempat untuk menjalani latihan industri.


1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI.
Adanya latihan industri di politeknik seluruh Malaysia maka pelajar-pelajar kursus diploma dapat menjalani latihan industri di tempat yang telah dipilih oleh mereka berkaitan dengan jurusan.Oleh itu, objektif latihan industri ini adalah mahu memberi kesan kepada para pelajar dalam melaksanakan tugas yang diberi dengan sebaik mungkin serta mahu melihat sejauh mana seseorang pelajar itu mengaplikasikan perkara-perkara yang telah dipelajari di dalam tugas yang diberikan.Secara amnya, objektif latihan industri boleh disenaraikan seperti berikut. 



i. Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar. 
Jika berada dalam situasi alam pekerjaan yang sebenar, ianya adalah jauh berbeza dengan keadaan dunia pembelajaran kerana pelajar hanya terlibat bersama rakan sekelas dan pensyarah-pensyarah sahaja tanpa melibatkan kerjasama dengan orang luar. Oleh itu,para pelajar juga mungkin sebahagian sahaja yang dapat dipraktikkan di alam pekerjaan.
Dalam menghadapi perubahan situasi, para pelajar perlulah mempelajari bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan pekerjaan, ketepatan masa untuk menghadirikan diri di tempat kerja setiap hari, kebolehan komunikasi dengan baik di antara kakitangan, cara mendisiplinkan diri dan juga cara menghadapi pelbagai masalah yang timbul di tempat kerja seperti masalah berhadapan dengan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan syarikat.

ii. Mengaitkan teori, teknikal dan kemahiran dengan aspek-aspek praktikal di tempat latihan industri.
Apabila pelajar berada di alam pekerjaan seperti menjalani latihan industri ini, maka segala pengetahuan teknikal, kemahiran dan pengalaman dapat diperluaskan serta dapat menambah ilmu yang sedia ada dalam diri pelajar. Di politeknik, para pelajar telah diajar lebih banyak kepada ilmu teori yang boleh dihubungkaitkan dengan dunia pekerjaan apabila tamat pengajian.
Justeru itu, objektif latihan ini diwujudkan adalah bagi melahirkan lebih ramai lagi tenaga kerja yang berkualiti tinggi dan mampu melakukan tugasan yang diberikan dengan sempurna. Selain itu, pengetahuan teknikal dan kemahiran juga dapat membantu seseorang dalam meningkatkan produktif kerja serta dapat mempelajari cara menguruskan dan mengendalikan sesuatu kerja dengan lebih baik. 

iii. Menimba pengalaman
Pengalaman memainkan peranan yang sangat penting dalam mencari pekerjaan sebenar kerana pada alat ini ramai siswazah yang menganggur disebabkan tiada pengalam bekerja. Oleh itu, dengan wujudnya latihan industri ini, serba sedikit dapat membantu dan mempunyai peluang yang cerah untuk memperolehi pekerjaan.Selain itu, ianya dapat memberi seseorang persediaan yang rapi dalam menempuh alam pekerjaan yang sebenar.
Namun begitu, pengalaman bukan sahaja meliputi tugas-tugas yang dilakukan tetapi sebelum menjalani latihan industri lagi seperti proses-proses mencari maklumat mengenai sesuatu organisasi yang bersesuaian, membuat permohonan tempat, mencari bidang tugas yang berkaitan dengan pengajian yang di ambil dan banyak lagi di mana kesemua proses tersebut telah mendatangkan pelbagai pengalaman. Di mana prosedur tersebut dipelajari di politeknik untuk memberi pendedahan kepada pelajar supaya mengetahui bagaimana  bermula dan berakhirnya proses mencari pekerjaan sama seperti menjalani latihan industri.

iv. Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dan disiplin di dalam latihan industri.
Para pelajar yang menjalani latihan industri akan terikat dengan pelbagai syarat atau peraturan-peraturan keselamatan di sektor swasta mahupun sektor kerajaan yang ditawarkan menjadi pilihan pelajar sendiri. Apabila pelajar menjalani latihan di tempat tertentu secara langsung pelajar terikat dengan segala peraturan yang telah di tetapkan oleh sesebuah organisasi dan menjadi tanggungjawab pelajar untuk mengikut dan mematuhi segala yang telah ditetapkan.Begitu juga dengan peraturan keselamatan mestilah di patuhi bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini terjadi di mana ianya boleh menjejaskan reputasi organisasi. Contohnya pelajar didapati telah mendedahkan maklumat sulit mengenai kedudukan sebenar organisasi kepada pihak luar yang boleh menjejaskan imej sesebuah organisasi.
Oleh yang demikian, pelajar perlu mengikut dan mengingati semua peraturan semasa menjalani latihan industri supaya tidak mengakibatkan imej dan kedudukan organisasi yang ditempatkan tergugat hanya kerana kelalaian dan kecuaian pelajar sendiri. Selain itu, ianya juga boleh menjejaskan hubungan baik pihak organisasi dengan pihak politeknik sendiri.

v. Menilai kebolehan diri.
Apabila pelajar menjalani latihan industri ini secara langsung ianya dapat   membantu pelajar dalam membuat penilaian terhadap kebolehan diri sendiri sama ada mampu menjalankan tugas-tugas yang diberikan tanpa menimbulkan masalah serta kebolehan dalam menyelesaikan masalah itu tanpa mendapatkan bantuan kakitangan lain.
Oleh itu, pelajar dapat mengetahui sejauh mana komitmen dan kemajuan yang mampu ditunjukkan terhadap hasil atau mutu kerja yang dilaksanakan kepada majikan khasnya serta kakitangan yang lain amnya bahawa mereka mempunyai kebolehan menerima dan melaksanakan arahan oleh pihak yang memberikan tunjuk ajar serta panduan kepada mereka.

vi. Amanah dan tanggungjawab. 
Apabila proses menjalani latihan industri bermula, maka secara tidak langsung pelajar tersebut telah memikul tanggungjawab dan amanah yang berat dalam apa jua tugas yang diberikan kepada mereka. Segala amanah dan tanggungjawab tersebut perlulah dilaksanakan dengan baik.Sekiranya tugas yang diberikan perlu diselesaikan pada masa yang telah ditetapkan dan dikehendaki segera, pelajar perlu melaksanakannya dengan penuh amanah dan menunjukkan komitmen yang bersungguh-sungguh dalam menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. 
Objektif latihan ini dari segi amanah dan tanggungjawab memainkan peranan penting untuk melancarkan perjalanan sesebuah organisasi tersebut kerana jika tiada rasa amanah boleh menyebabkan penyelewengan berlaku sama ada dari segi wang syarikat atau maklumat sulit organisasi. Begitu juga dengan tanggungjawab pelajar, jika tiada sikap tersebut boleh menyebabkan seseorang mengambil kesempatan untuk melakukan tugasan sambil lewa dan mengambil sikap tidak acu terhadap masalah yang berlaku.

vii. Keyakinan berkomunikasi. 
Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran di politeknik, para pelajar hanya akan berkomunikasi dengan rakan-rakan, pensyarah-pensyarah dan kakitangan yang ada hubungkait dengan politeknik sahaja tanpa melibatkan faktor persekitaran luaran. Namun begitu, apabila menjalani latihan ini secara tidak langsung mereka terdedah dengan situasi sosial yang berbeza iaitu kebolehan berkomunikasi amat dititikberatkan kerana berkomunikasi adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan baik di antara kakitangan organisasi.
Selain itu, kebolehan berkomunikasi bukan sahaja perbualan harian tetapi melibatkan keyakinan orang lain dalam melihat cara kita berkomunikasi dengan baik contohnya pandangan mata apabila bertutur, pengetahuan tentang kerja yang dilakukan dan juga mampu memberi keyakinan terhadap seseorang apabila berkomunikasi.

1.3 OBJEKTIF LAPORAN.
Laporan latihan industri ini bermaksud sesuatu perkara yang dilakukan akan dicatatkan dan ditaip berdasarkan segala aktiviti semasa menjalani proses latihan industri serta maklumat lain yang bersesuaian untuk dijadikan sebahagian daripada bahan yang diperlukan dalam penghasilan buku laporan latihan industri. Laporan latihan industri ini mestilah mengikut segala prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh institusi pengajian tinggi masing-masing supaya semua laporan kelihatan seragam, kemas dan bersistematik dalam merealisasikannya. Oleh yang demikian, untuk permulaan membuat laporan latihan industri adalah dengan merujuk segala maklumat yang sudah tersedia di dalam buku panduan latihan industri. Seterusnya, pelajar hendaklah mencatat tentang aktiviti tugasan harian yang dilakukan ketika menjalani latihan dengan merujuk buku laporan harian di mana buku laporan harian tersebut akan dinilai dengan terperinci oleh pensyarah-pensyarah.
Bagi memperolehi gred yang cemerlang para pelajar perlu menyiapkan buku laporan dan membuatnya dengan sebaik mungkin di mana pensyarah akan membuat penilaian terhadap segala yang tercatat di dalam buku laporan seiring dengan tugasan yang dilakukan ketika menjalani latihan. Justeru itu, laporan latihan industri dan buku laporan harian tidak boleh bercanggah atau berlainan maklumat kerana pensyarah akan membandingkan bagi melihat sejauh mana pelajar menjalankan tugas latihan industri mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. 
Laporan latihan industri juga bertujuan untuk mengetahui bentuk tugasan yang dilaksanakan sama ada tugasan yang diberikan berkaitan dengan pengajian yang diambil atau sebaliknya. Daripada tugasan tersebut, pensyarah dapat menilai bahawa pelajar tersebut telah menjalani latihan industri dengan baik atau tidak. Laporan ini amat berguna untuk para pelajar untuk dijadikan sebagai bahan bukti. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai objektif yang melibatkan latihan industri. Objektif-objektif ini adalah sebagai garis panduan yang bersangkut paut dengan laporan latihan industri ini adalah:

i. Menjadi bahan bukti.
Penghasilan buku laporan industri adalah salah satu bahan yang menunjukkan bahawa pelajar yang menjalani latihan industri telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab mereka. Ini kerana segala maklumat yang berkaitan dengan aktiviti latihan industri akan dilaporkan di dalam laporan harian pada setiap hari dengan tugasan yang diberikan.
Sekiranya pelajar telah melakukan kesalahan seperti ponteng waktu bertugas atau masalah-masalah lain yang boleh menjejaskan imej dan kualiti sesebuah organisasi, secara tidak langsung laporan latihan industri dan buku laporan harian akan turut terjejas kerana segala kehadiran dan tugasan yang diberikan akan di ambil rekod oleh majikan. Masalah disiplin yang ditimbulkan pelajar boleh menghalang pelajar untuk mendapat gred yang cemerlang apabila terdapat rekod disiplin yang kurang memuaskan daripada majikan.

ii. Sebagai bantuan temuduga.
Menyiapkan laporan latihan industri juga adalah untuk memudahkan pelajar untuk sesi temuduga yang akan dijalankan di politeknik di mana ianya memerlukan segala maklumat yang dilaporkan semasa menjalani latihan industri. Justeru itu, laporan latihan industri ini adalah sebagai bantuan temuduga diantara pelajar dengan pensyarah. Segala maklumat tersebut akan disemak, diteliti dan diingati semula untuk memudahkan dan melicinkan perjalanan sesi temuduga apabila pensyarah mengajukan pelbagai pertanyaan berpandukan tugasan yang dilaporkan di dalam laporan latihan industri tersebut. Jika penghasilan laporan latihan industri ini tidak diwujudkan, maka pelajar akan lebih tertekan kerana perlu mengingati semua maklumat tersebut tanpa bahan rujukan sebagai bantuan dan panduan.
Laporan latihan industri ini juga bertujuan untuk melaporkan segala aktiviti atau tugas yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan semasa pelajar menjalani latihan industri. Aktiviti atau tugas tersebut akan dijelaskan secara terperinci di dalam laporan latihan industri yang akan disemak dan menjadi bahan bukti bahawa pelajar tersebut telah melaksanakan praktikalnya pada suatu tempoh masa yang telah ditetapkan, memberikan sepenuhnya komitmen dan tidak melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh organisasi di mana tempat pelajar menjalani latihan industri.

1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR.
Terdapat pelbagai jenis kepentingan yang boleh didapati hasil daripada proses latihan industri yang mana di antara kepunyaannya ialah: 

i. Menjadi syarat kelengkapan pengajian.
Salah satu syarat melengkapkan penganugerahan diploma adalah latihan industri. Sekiranya pelajar dapat menjalani dan membuat latihan serta laporan latihan industri dengan baik dan cemerlang maka pelajar telah melengkapkan syarat penganugerahan diploma. Jika sebaliknya, maka pelajar dianggap gagal dan perlu mengulang semula bagi syarat meneruskan semester yang berikutnya. 

ii. Menimba pengalaman.
Latihan industri banyak memberi pengalaman kepada pelajar tidak kira di bahagian apa sekalipun pasti memperolehi ilmu yang boleh membantu pelajar dalam menghadapi situasi bekerja. Dimana pengalaman di alam pekerjaan adalah amat berbeza dengan situasi di dunia pembelajaran kerana situasi pembelajaran hanya tertumpu kepada bahan bacaan seperti buku, pensyarah dan rakan seperjuangan tanpa melibatkan persekitaran luaran berbanding alam pekerjaan yang lebih mencabar.
Di antaranya adalah hubungan dengan pelanggan, orang-orang kenamaan, kakitangan dan melibatkan tugas-tugas yang mencabar dan perlu disiapkan secepat mungkin apabila diperlukan segera. Adakalanya, maklumat-maklumat sulit perlu dirahsiakan supaya tidak berada di tangan pesaing. Ianya jauh berbeza dengan dunia pembelajaran kerana segala maklumat hanya berkaitan dengan pelajaran dan tidak perlu menjadi rahsia untuk disimpan.

iii. Penilaian kebolehan diri. 
Ketika menjalani latihan industri ini, secara langsung pelajar dapat menilai sendiri kebolehan diri dalam menguruskan tugas di tempat latihan industri sama ada yakin mempunyai inisiatif sendiri dalam menguruskannya atau memerlukan bantuan orang lain. Sesetengah pelajar akan menilai potensi dirinya apabila berhadapan dengan permasalahan atau cabaran-cabaran yang akan menguji dan memotivasikan dirinya.
Sifat ini perlu wujud untuk memudahkan perjalanan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan supaya dapat merealisasikan suatu hasil kerja yang berkualiti serta mampu bersaing dengan kakitangan yang mempunyai pengalaman yang luas dalam sesuatu bidang yang diceburi. 

iv. Menguasai dan mempraktikkan ilmu. 
Segala ilmu yang dipelajari dan diperolehi semasa berada di politeknik dapat dipraktikkan oleh pelajar apabila menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan modul yang di ambil. Oleh yang demikian, apabila situasi tersebut berlaku, ini akan memudahkan dan melicinkan perjalanan tugas yang diberikan kepada pelajar kerana segala ilmu pengetahuan yang dipelajari dapat dimanfaatkan. 
Para pelajar juga dapat meningkatkan taraf penguasaan ilmu, dapat di amalkan dan digunakan sebaik mungkin untuk merealisasikan satu hasil kerja yang bermutu tinggi serta membuktikan bahawa pelajar juga mampu bersaing hebat dengan kakitangan yang berpengalaman luas.





BAB 2 : LATAR BELAKANG ORGANISASI / SYARIKAT

BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI / SYARIKAT
                                    
BANGUNAN PERBADANAN PUTRAJAYA


LOGO PERBADANAN
PUTRAJAYA


2.1 PENGENALAN TERHADAP ORGANISASI
Perbadanan Putrajaya (PPJ) telah ditubuhkan di bawah Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536) bagi tujuan mengurus dan mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya. Perbadanan Putrajaya juga dipertanggungjawabkan dengan fungsi pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa perancangan tempatan dengan pelbagai perintah dan pemberitahuan.

2.2 VISI, MISI, OBJEKTIF DAN FUNGSI ORGANISASI.

Visi

Putrajaya akan menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang terurus, bersemangat dan bertenaga serta makmur, yang memenuhi keperluan sosio-ekonomi, rekreasi dan rohaniah penghuni, warga kerja dan pelawat.
Misi


Tujuan utama kami adalah untuk merancang, mengurus dan membangunkan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan dengan cekap dan berkesan.
Kami berusaha memainkan peranan utama dalam merealisasikan wawasan Putrajaya untuk menjadi pusat bandar yang terurus, dinamik dan berdaya maju dengan:-
  • Membentuk dasar dan rangka kerja pembangunan yang sesuai.
  • Menjalin hubungan dan pertalian yang membina dengan semua pemegang kepentingan dan rakan kongsi.
  • Membina Organisasi yang berprestij tinggi, cekap dan mesra pelanggan.
  • Menyediakan kemudahan awam yang bertaraf dunia.
  • Memupuk persekitaran yang kondusif bagi aktiviti komersil yang semakin berkembang maju.
  • Mengamalkan tahap tadbir urus dan integriti yang sangat baik.


Objektif

Perbadanan Putrajaya telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Akta 536) bagi tujuan mengurus dan mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya. Perbadanan Putrajaya juga dipertanggungjawabkan dengan fungsi sebagai pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa perancangan tempatan melalui beberapa perintah dan pemberitahuan.
Fungsi(Seperti yang tersebut di bawah Seksyen 4 Akta Perbadanan Putrajaya)
  • Untuk melaksanakan semua fungsi Kerajaan Tempatan di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Untuk mempromosi, merangsang, memyediakan kemudahan dan menjalankan pembangunan perdagangan, infrastruktur dan perumahan di dalam kawasan
  • Untuk mempromosi, merangsang dan menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di dalam kawasan
  • Untuk mengawal dan menyelaras perlaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut di atas di dalam kawasan

2.3 CARTA ORGANISASI BAGI PERBADANAN PUTRAJAYA.





BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

BAB 3
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 PENGENALAN

Sepanjang menjalani latihan industri ini, saya telah didedahkan dengan perkara-perkara dan pengalaman yang baru. Selain dari mempraktikkan apa yang telah saya belajar di Politeknik, saya juga telah didedahkan bagaimana cara untuk mengikuti setiap arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sepanjang saya menjalani latihan industri disini. Di syarikat ini, saya telah diletakkan di Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi. Sepanjang menjalani latihan industri ini saya telah bekerja pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Berikut adalah ringkasan mingguan sepanjang saya menjalani latihan industri selama 20 minggu.

3.2 RINGKASAN AKTIVITI SEMASA LATIHAN INDUSTRI

Minggu pertama ( 11 November 2015  –  4 Disember 2015)
a) Melaporkan diri di Perbadanan Putrajaya dab suaikenal bersama kakitangan Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi.
b) Keterangan dari pegawai pengurusan latihan industri mengenai organisasi.
c) Perjumpaan bersama Pengarah Bahagian ICT iaitu Encik Kamaruzaman Bin Abdol Rahim dan perjumpaan bersama Penolong Pengarah Kanan iaitu Encik Azlinor Bin Sabli.
d) Mengambil maklum dan memahami aktiviti-aktiviti bahagian.
e) Memahami fungsi dan objektif Perbadanan Putrajaya.

Minggu kedua ( 7 Disember 2015 – 11 Disember 2015 ) 
a) Membantu menjalan rutin harian di pejabat di Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya.
b)Membuka laman web Putrajaya dan mengemaskininya seperti yang telah diajar oleh Encik Azlinor.
c) Mengetahui cara mengemaskini 'website'.
d) Memahami dan mempelajari langkah-langkah bagi mengemaskininya.

Minggu ketiga ( 14 Disember 2015 – 18 Disember 2015 )
a) Mengemaskini laman web Putrajaya.
b) Menukar semua penerangan di laman web tersebut kepada Bahasa Inggerish.
c) Mengemaskini maklumat-maklumat tersebut.
d) 'Install' aplikasi Putrajaya di telefon pintar bagi memudahkan mengemaskini laman web Putrajaya.
e) Mengambil bahagian sebagai urusetia di Pertandingan Memancing pada 8.12.2015, hari Jumaat , jam 4.30 petang.
     
Minggu keempat ( 21 Disember 2015 – 23 Disember 2015 )
a) Mengemaskini laman web Putrajaya.
b) Menambah penerangan di 'page' yang terlalu pendek.
c) Mencari maklumat-maklumat di google.
d) Memahami dan mempelajari sedikit sebanyak tentang latar belakang Putrajaya.

Minggu kelima ( 28 Disember 2015 – 31 Disember 2015 )
a) Membantu menjalankan kerja-kerja rutin pentadbiran pejabat Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya.
b) Membantu mengemaskini laman web Putrajaya.
c) Menambah gambar di 'page' yang masih tidak mempunyai gambar dan page yang mempunyai gambar sedikit.
d) 1 Januari 2016, hari Jumaat cuti sempena sambutan tahun baru.

Minggu keenam ( 4 Januari 2016 – 8 Januari 2016 )
a) Membantu menukarkan gambar yang salah di laman web Putrajaya.
b) Mengemaskini laman web tersebut setelah siap mengedit.
c)  Membantu menjalankan kerja-kerja rutin pentadbiran pejabat di Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya.
d) Menyemak kembali di aplikasi Putrajaya.
e) Menghadiri mesyuarat di tingkat 4 tentang rangkaian wifi, 'server' dan 'blocked' laman web yang tidak berfaedah.
f) Mesyuarat dikendalikan oleh Encik Azlinor selaku penolong pengarah kanan dan seramai 11 staff menghadiri.
g) Staf masing-masing saling bertukar pendapat dalam mesyuarat tersebut.

Minggu ketujuh ( 11 Januari 2016 – 15 Januari 2016 )
a) Membantu menjalankan kerja-kerja rutin pentadbiran pejabat di Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya.
b) Mengemaskini laman web Putrajaya.
c) Membetulkan lokasi yang salah di setiap 'page'.
d) Mempunyai masalah dengan 'maps' di dalam laman web tersebut, terpaksa membiarkan lokasi yang salah di setiap 'page' dan menunggu masalah itu selesai.

Minggu kelapan ( 18 Januari 2016 – 22 Januari 2016 )
a) Membantu menjalankan kerja-kerja rutin pentadbiran pejabat di BahagianTeknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya.
b) Mengemaskini laman web  Putrajaya seperti biasa .
c) Membetulkan lokasi yang masih salah apabila 'maps' tidak lagi mempunyai masalah.
d) Menyemak di aplikasi 'mobile' Putrajaya page yang telah dikemaskini.
e) Mengambil masa yang lama untuk menyemak di aplikasi 'mobile' kerana ada sedikit masalah.

Minggu kesembilan ( 26 Januari 2016 – 29 Januari 2016 )
a) Membantu menjalankan kerja-kerja rutin pentadbiran pejabat di Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya.
b) Mengemaskini laman web Putrajaya seperti biasa.
c) Menambah penerangan yang kurang di 'page' yang penerangannya nampak terlalu ringkas.
d) Mencari maklumat tentang penerangan di 'Wikipedia' terana maklumatnya tepat.
e) Mengemaskini semula 'page' tersebut.
f) Pada 25 Januari 2016, hari Isnin , cuti Thaipusam.

Minggu kesepuluh ( 2 Februari 2016 – 5 Februari 2016 )
a) Membantu menjalankan kerja-kerja rutin pentadbiran pejabat di Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya
b) Pada 1 Februari 2016, hari Isnin cuti bersempena dengan Hari Wilayah.
c) Mengemaskini laman web Putrajaya.
d) Mendapat arahan dari Encik Azlinor untuk menambah 'page' baru tentang semua Kementerian di Putrajaya.
e) Menambah 'page' baru berkaitan Kementerian Belia dan Sukan.
f) Mencari maklumat tepat di portal rasmi Kementerian Belia Dan Sukan.
g) Memasukkan penerangan yang diambil di portal tersebut, memasukkan lokasi dan memasukkan gambar yang diambil di google.

Minggu kesebelas ( 10 Februari 2016 – 12 Februari 2016 )
a) Membantu menjalankan kerja-kerja rutin pentadbiran pejabat di Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya.
b) Mengemaskini 'page' yang baru ditambah di dalam laman web Putrajaya.
c) Mencari semua maklumat di portal rasmi masing-masing.
d) Membetulkan lokasi yang masih salah.
e) Pada 8 & 9.02.2016, hari Isnin dan Selasa cuti Tahun Baru Cina.

Minggu keduabelas ( 15 Februari 2016 – 19 Februari 2016 )
a) Membantu menjalankan kerja-kerja rutin pentadbiran pejabat di Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya.
b) Menambah 'page' baru tentang Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian-Kementerian lain.
c) Memasukkan gambar,lokasi dan penerangan ke dalam 'page' tersebut.
d) Menukar penerangan ke Bahasa Inggerish.
e) Mencari semua maklumat yang tepat di portal rasmi Kementerian masing-masing. 

Minggu ketigabelas ( 22 Februari 2015 – 26 Februari 2016 )
a) Membantu menjalankan kerja-kerja rutin pentadbiran pejabat di Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya.
b) Menambah dan mengemaskini 'page' baru tentang Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pengangkutan dan seluruh Kementerian sekitar Perbadanan Putrajaya.
c) Menambah lokasi, gambar dan penerangan di 'page' tersebut.
d) Mengambil semua maklumat di portal rasmi Kementerian tersebut

Minggu keempatbelas ( 29 Februari 2016 – 4 Mac 2016 )
a) Membantu menjalankan kerja-kerja rutin pentadbiran pejabat di Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya.
b) Menerima arahan daripada Encik Azlinor tentang Microsoft Infopath dan Share Point.
c) Mempelajari dan memahami tentang Microsoft Infopath kepada Share Point.
d) Encik Azlinor memberikan laman web ‘testsp.ppj.my’ dan memberikan username untuk mengelog masuk dan memcuba untuk membuat dan memahami Share Point.
e) Menghadiri mesyuarat bersama Pengerusi China Telecom Global dari Beijing, China tentang teknologi di China.
f) China Telecom Global berpusat di 5 buah negara iaitu China, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam.
g) Mengetahui kecanggihan teknologi yang digunakan di negara China.

Minggu kelimabelas ( 7 Mac 2016 – 11 Mac 2016 )
a) Pensyarah dari Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam datang untuk membuat pemantauan pada 08.03.2016.
b) Mempelajari tentang penggunaan Sharepoint dan Microsoft Infopath di youtube dengan melihat tutorial.
c) Mencuba membuat beberapa form soalan di Microsoft Infopath.
d) Membantu menjalankan kerja-kerja rutin pentadbiran pejabat di Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya.

Minggu keenambelas ( 14  Mac 2016 – 18  Mac 2016 )
a) Membantu menjalankan kerja-kerja rutin pentadbiran pejabat di Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya.
b) Melawat Server Farm di aras 5 bersama  staff Encik Zakri untuk melihat bagaimana server-server itu berfungsi dan berhubung.
c) Server Farm mesti dalam keadaan yang sejuk.
d) Menerima arahan untuk membetulkan coding tentang form Pendaftaran Masuk di e-document Perbadanan Putrajaya. 

Minggu ketujuhbelas ( 21  Mac 2016 – 25  Mac 2016 )
a) Membantu menjalankan kerja-kerja rutin pentadbiran pejabat di Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya.
b) Membuat coding form tentang Dokumen Keluar dan Pendaftaran Fail.
c) Membetulkan dan mencantikkan form tersebut .
d) Membuat coding tentang checkbox,button dan textbox.

Minggu kelapanbelas ( 28  Mac 2016 –   1 April 2016 )
a) Membantu menjalankan kerja-kerja rutin pentadbiran pejabat di Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya.
b) Membuat PHP untuk form e-document.
c) Membuat Microsoft Excel tentang switch dan port mapping di Wayside Equitment Kompleks Perbadanan  Putrajaya.
d) Membuat table tentang IBMS,BCS dan UPS.

Minggu kesembilanbelas ( 4 April 2016 –   8 April 2016 )
a) Membantu menjalankan kerja-kerja rutin pentadbiran pejabat di Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya
b) Menambah table dalam Microsoft Excel tentang PLC dab Bio Metric di setiap kompleks di Perbadanan Putrajaya.
c) Membuat pengiraan disetiap blok di Perbadanan Putrajaya selepas siap.

Minggu keduapuluh ( 11 April 2016 –   15 April 2016 )
a) Membantu menjalankan kerja-kerja rutin pentadbiran pejabat di Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya.
b) Menghadiri mesyuarat bersama Pengarah Jabatan Perkhidmatan Korporat, Tuan Kamaruzaman dan berbincang bersama bahagian-bahagian dibawah Jabatan ini.
c) Memperkenalkan diri dan menjawab soalan yang ditanya oleh Pengarah.
d) Membuat dan menambah table tentang data dan phone di Wayside Equipment kompleks PPJ dan luar kompleks PPj di atas bimbingan Encik Sepz.
e) Mengira semua jumlah di Wayside Equitment dalam dan luar kompleks PPj untuk mengetahui port mapping yang hidup.

BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL

BAB 4
LAPORAN TEKNIKAL


4.1 PENGENALAN

Laporan teknikal menjurus kepada tugas-tugas atau kerja yang telah dilaksanakan semasa latihan industri. Setiap tugas yang diberikan perlu mengikut proses dan prosedur yang telah ditetapkan ianya dijalankan secara berperingkat-peringkat. Ia memastikan segala pengurusan organisasi dapat berjalan lancar tanpa menimbulkan masalah. Di dalam bab ini, pelajar diminta untuk melaporkan segala aktiviti dilakukan yang melibatkan proses kerja yang telah dilakukan selama 20 minggu di syarikat tersebut. Segala kerja yang melibatkan aktiviti dan proses ini hendaklah dilakukan supaya pelajar dapat mengetahui dan mempelajari cara untuk mengendalikan kerja tersebut dengan baik.
Bab ini menerangkan mengenai cara mengemaskini laman web Putrajaya. Web ni juga terdapat di aplikasi ‘mobile’. Web Putrajaya ini merupakan web tentang tempat-tempat menarik di Putrajaya. Web ini dibuat kerana dapat membantu pelancong-pelancong luar negeri dan luar negara. Terdapat lokasi tempat, gambar dan penerangan didalam web ini bertujuan dapat memudahkan pelancong mencari dan mengetahui sejarah tempat tersebut. Penerangan di dalam Bahasa Inggerish bagi memudahkan pelancong luar negara faham. Selain itu, belajar dan mengetahui cara menggunakan Microsoft Infopath dan Share Point.

4.2 Cara mengemaskini ‘website’ Putrajaya. 

Daftar masuk website Putrajaya.

Membuka Point of Interest untuk mengedit page.

Membuka page yang hendak di edit. 

Menambah penerangan supaya nampak lebih panjang dan menarik.

Membetulkan lokasi yang salah.

Menambah gambar-gambar menarik tentang sesuatu tempat supaya pelancong mudah mencari tempat tersebut. 

Selepas selesai mengedit page tersebut, menakan butang update untuk menyimpan semua perubahan yang dilakukan.

4.3 Cara menambah ‘page’ baru di ‘Point Of Interest’ dalam ‘website’ Putrajaya.

Menekan butang add untuk menambah page baru di Point of Interest.

Membuka article owner untuk menambah owner di Point of Interest.

Menekan butang add untuk menambah owner.

Menekan butang submit selepas siap menambah.

Membuka semula POI selepas selesai mengedit article owner dan memilih Kementerian .

Menambah POI id,penerangan dan nama Kementerian.

Menambah contact Kementerian tersebut.
Meletakkan maps Kementerian itu.

Menambah gambar Kementerian tersebut supaya mudah pelancong mencari.

Menekan butang submit selepas siap.


4.4 Melaksanakan tugasan menggunakan Microsoft Infopath dan Share Point.
a) Mempelajari dan memahami tentang Microsoft Infopath kepada Share Point.
b) Encik Azlinor memberikan laman web ‘testsp.ppj.my’ dan memberikan username untuk mengelog masuk dan memcuba untuk membuat dan memahami Share Point.
c) Mempelajari tentang penggunaan Sharepoint dan Microsoft Infopath di youtube dengan melihat tutorial.
d) Mencuba membuat beberapa form soalan di Microsoft Infopath.

4.5 Membuat coding mengenai e-document.

Coding tentang form Pendaftaran Fail.

Form Pendaftaran Fail yang telah siap dibuat.



Membuat coding tentang Pendaftaran  Dokumen Masuk selepas menyiapkan coding Pendaftaran Fail.

Form Pendaftaran  Dokumen Masuk yang telah siap dengan menyiapkan background color .

Membuat coding tentang Pendaftran Dokumen Keluar.

Form tentang Pendaftran Dokumen Keluar. 
Membuat form ni menjadi 2 bahagian.

Coding yang telah dibuat dengan bantuan staff mengenai menu utama e-document.

Menu utama e-document yang telah siap.

Php yang telah dibuat mengenai Form Pendaftaran Fail.

Php yang telah dibuat mengenai Form Pendaftaran Fail untuk kalender.

Php yang telah dibuat mengenai form yang sama untuk database jabatan dan bahagian yang terkandung dalam form tersebut.

Membuat coding baru berkaitan php form Pendaftaran Fail untuk memasukkan semua database.

Data yang telah dimasukkan kedalam form Pendaftaran Fail.

Membuat coding mengenai e-document.
a) Membuat Microsoft Excel tentang switch dan port mapping di Wayside Equitment Luar dan Dalam Kompleks Perbadanan  Putrajaya.
b)Membuat table tentang IBMS,BCS dan UPS.
c) Memasukkan switch di cmddan cisco prime untuk meihat port mapping yang hidup dan meletakkan di Microsoft Excel Wayside Luar dan Dalam Kompleks PPJ.
d) Membuat table tentang IBMS,BCS,UPS,PLC,Bio Metric,Data dan Phone di  setiap blok,anex1,anex2 dan auditorium di Wayside Equitment Kompleks Perbadanan  Putrajaya.
e)Membuat table tentang CCTV,Traffic Light,Bio Metric,VMS,RMS,PLC,UPS,Data dan Phone di setiap presint di Wayside Equitment Kompleks Perbadanan  Putrajaya.

Switch yang telah dimasukkan di cmd (skrin hitam).