BAB 1 : PENGENALAN

BAB 1
PENGENALAN

         1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI.

Latihan industri merupakan satu tempoh berada di alam pekerjaan yang memerlukan para pelajar merasai keadaan sebenar di dalam susah dan senang dalam dunia pekerjaan. Maka para pelajar yang belum pernah merasai dunia pekerjaan, inilah waktu bagi mengharunginya. Dengan cara ini, para pelajar telah mendapat gambaran yang sebenar tentang dunia pekerjaan. Pelajar-pelajar politeknik di seluruh dunia Malaysia akan menjalani proses latihan industri pada semesta empat bagi kursus di peringkat diploma selama lebih kurang lima bulan di sektor kerajaan atau syarikat swasta yang telah dipilih dan mendapat tawaran tempat untuk menjalani latihan industri.


1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI.
Adanya latihan industri di politeknik seluruh Malaysia maka pelajar-pelajar kursus diploma dapat menjalani latihan industri di tempat yang telah dipilih oleh mereka berkaitan dengan jurusan.Oleh itu, objektif latihan industri ini adalah mahu memberi kesan kepada para pelajar dalam melaksanakan tugas yang diberi dengan sebaik mungkin serta mahu melihat sejauh mana seseorang pelajar itu mengaplikasikan perkara-perkara yang telah dipelajari di dalam tugas yang diberikan.Secara amnya, objektif latihan industri boleh disenaraikan seperti berikut. 



i. Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar. 
Jika berada dalam situasi alam pekerjaan yang sebenar, ianya adalah jauh berbeza dengan keadaan dunia pembelajaran kerana pelajar hanya terlibat bersama rakan sekelas dan pensyarah-pensyarah sahaja tanpa melibatkan kerjasama dengan orang luar. Oleh itu,para pelajar juga mungkin sebahagian sahaja yang dapat dipraktikkan di alam pekerjaan.
Dalam menghadapi perubahan situasi, para pelajar perlulah mempelajari bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan pekerjaan, ketepatan masa untuk menghadirikan diri di tempat kerja setiap hari, kebolehan komunikasi dengan baik di antara kakitangan, cara mendisiplinkan diri dan juga cara menghadapi pelbagai masalah yang timbul di tempat kerja seperti masalah berhadapan dengan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan syarikat.

ii. Mengaitkan teori, teknikal dan kemahiran dengan aspek-aspek praktikal di tempat latihan industri.
Apabila pelajar berada di alam pekerjaan seperti menjalani latihan industri ini, maka segala pengetahuan teknikal, kemahiran dan pengalaman dapat diperluaskan serta dapat menambah ilmu yang sedia ada dalam diri pelajar. Di politeknik, para pelajar telah diajar lebih banyak kepada ilmu teori yang boleh dihubungkaitkan dengan dunia pekerjaan apabila tamat pengajian.
Justeru itu, objektif latihan ini diwujudkan adalah bagi melahirkan lebih ramai lagi tenaga kerja yang berkualiti tinggi dan mampu melakukan tugasan yang diberikan dengan sempurna. Selain itu, pengetahuan teknikal dan kemahiran juga dapat membantu seseorang dalam meningkatkan produktif kerja serta dapat mempelajari cara menguruskan dan mengendalikan sesuatu kerja dengan lebih baik. 

iii. Menimba pengalaman
Pengalaman memainkan peranan yang sangat penting dalam mencari pekerjaan sebenar kerana pada alat ini ramai siswazah yang menganggur disebabkan tiada pengalam bekerja. Oleh itu, dengan wujudnya latihan industri ini, serba sedikit dapat membantu dan mempunyai peluang yang cerah untuk memperolehi pekerjaan.Selain itu, ianya dapat memberi seseorang persediaan yang rapi dalam menempuh alam pekerjaan yang sebenar.
Namun begitu, pengalaman bukan sahaja meliputi tugas-tugas yang dilakukan tetapi sebelum menjalani latihan industri lagi seperti proses-proses mencari maklumat mengenai sesuatu organisasi yang bersesuaian, membuat permohonan tempat, mencari bidang tugas yang berkaitan dengan pengajian yang di ambil dan banyak lagi di mana kesemua proses tersebut telah mendatangkan pelbagai pengalaman. Di mana prosedur tersebut dipelajari di politeknik untuk memberi pendedahan kepada pelajar supaya mengetahui bagaimana  bermula dan berakhirnya proses mencari pekerjaan sama seperti menjalani latihan industri.

iv. Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan dan disiplin di dalam latihan industri.
Para pelajar yang menjalani latihan industri akan terikat dengan pelbagai syarat atau peraturan-peraturan keselamatan di sektor swasta mahupun sektor kerajaan yang ditawarkan menjadi pilihan pelajar sendiri. Apabila pelajar menjalani latihan di tempat tertentu secara langsung pelajar terikat dengan segala peraturan yang telah di tetapkan oleh sesebuah organisasi dan menjadi tanggungjawab pelajar untuk mengikut dan mematuhi segala yang telah ditetapkan.Begitu juga dengan peraturan keselamatan mestilah di patuhi bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini terjadi di mana ianya boleh menjejaskan reputasi organisasi. Contohnya pelajar didapati telah mendedahkan maklumat sulit mengenai kedudukan sebenar organisasi kepada pihak luar yang boleh menjejaskan imej sesebuah organisasi.
Oleh yang demikian, pelajar perlu mengikut dan mengingati semua peraturan semasa menjalani latihan industri supaya tidak mengakibatkan imej dan kedudukan organisasi yang ditempatkan tergugat hanya kerana kelalaian dan kecuaian pelajar sendiri. Selain itu, ianya juga boleh menjejaskan hubungan baik pihak organisasi dengan pihak politeknik sendiri.

v. Menilai kebolehan diri.
Apabila pelajar menjalani latihan industri ini secara langsung ianya dapat   membantu pelajar dalam membuat penilaian terhadap kebolehan diri sendiri sama ada mampu menjalankan tugas-tugas yang diberikan tanpa menimbulkan masalah serta kebolehan dalam menyelesaikan masalah itu tanpa mendapatkan bantuan kakitangan lain.
Oleh itu, pelajar dapat mengetahui sejauh mana komitmen dan kemajuan yang mampu ditunjukkan terhadap hasil atau mutu kerja yang dilaksanakan kepada majikan khasnya serta kakitangan yang lain amnya bahawa mereka mempunyai kebolehan menerima dan melaksanakan arahan oleh pihak yang memberikan tunjuk ajar serta panduan kepada mereka.

vi. Amanah dan tanggungjawab. 
Apabila proses menjalani latihan industri bermula, maka secara tidak langsung pelajar tersebut telah memikul tanggungjawab dan amanah yang berat dalam apa jua tugas yang diberikan kepada mereka. Segala amanah dan tanggungjawab tersebut perlulah dilaksanakan dengan baik.Sekiranya tugas yang diberikan perlu diselesaikan pada masa yang telah ditetapkan dan dikehendaki segera, pelajar perlu melaksanakannya dengan penuh amanah dan menunjukkan komitmen yang bersungguh-sungguh dalam menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. 
Objektif latihan ini dari segi amanah dan tanggungjawab memainkan peranan penting untuk melancarkan perjalanan sesebuah organisasi tersebut kerana jika tiada rasa amanah boleh menyebabkan penyelewengan berlaku sama ada dari segi wang syarikat atau maklumat sulit organisasi. Begitu juga dengan tanggungjawab pelajar, jika tiada sikap tersebut boleh menyebabkan seseorang mengambil kesempatan untuk melakukan tugasan sambil lewa dan mengambil sikap tidak acu terhadap masalah yang berlaku.

vii. Keyakinan berkomunikasi. 
Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran di politeknik, para pelajar hanya akan berkomunikasi dengan rakan-rakan, pensyarah-pensyarah dan kakitangan yang ada hubungkait dengan politeknik sahaja tanpa melibatkan faktor persekitaran luaran. Namun begitu, apabila menjalani latihan ini secara tidak langsung mereka terdedah dengan situasi sosial yang berbeza iaitu kebolehan berkomunikasi amat dititikberatkan kerana berkomunikasi adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan baik di antara kakitangan organisasi.
Selain itu, kebolehan berkomunikasi bukan sahaja perbualan harian tetapi melibatkan keyakinan orang lain dalam melihat cara kita berkomunikasi dengan baik contohnya pandangan mata apabila bertutur, pengetahuan tentang kerja yang dilakukan dan juga mampu memberi keyakinan terhadap seseorang apabila berkomunikasi.

1.3 OBJEKTIF LAPORAN.
Laporan latihan industri ini bermaksud sesuatu perkara yang dilakukan akan dicatatkan dan ditaip berdasarkan segala aktiviti semasa menjalani proses latihan industri serta maklumat lain yang bersesuaian untuk dijadikan sebahagian daripada bahan yang diperlukan dalam penghasilan buku laporan latihan industri. Laporan latihan industri ini mestilah mengikut segala prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh institusi pengajian tinggi masing-masing supaya semua laporan kelihatan seragam, kemas dan bersistematik dalam merealisasikannya. Oleh yang demikian, untuk permulaan membuat laporan latihan industri adalah dengan merujuk segala maklumat yang sudah tersedia di dalam buku panduan latihan industri. Seterusnya, pelajar hendaklah mencatat tentang aktiviti tugasan harian yang dilakukan ketika menjalani latihan dengan merujuk buku laporan harian di mana buku laporan harian tersebut akan dinilai dengan terperinci oleh pensyarah-pensyarah.
Bagi memperolehi gred yang cemerlang para pelajar perlu menyiapkan buku laporan dan membuatnya dengan sebaik mungkin di mana pensyarah akan membuat penilaian terhadap segala yang tercatat di dalam buku laporan seiring dengan tugasan yang dilakukan ketika menjalani latihan. Justeru itu, laporan latihan industri dan buku laporan harian tidak boleh bercanggah atau berlainan maklumat kerana pensyarah akan membandingkan bagi melihat sejauh mana pelajar menjalankan tugas latihan industri mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. 
Laporan latihan industri juga bertujuan untuk mengetahui bentuk tugasan yang dilaksanakan sama ada tugasan yang diberikan berkaitan dengan pengajian yang diambil atau sebaliknya. Daripada tugasan tersebut, pensyarah dapat menilai bahawa pelajar tersebut telah menjalani latihan industri dengan baik atau tidak. Laporan ini amat berguna untuk para pelajar untuk dijadikan sebagai bahan bukti. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai objektif yang melibatkan latihan industri. Objektif-objektif ini adalah sebagai garis panduan yang bersangkut paut dengan laporan latihan industri ini adalah:

i. Menjadi bahan bukti.
Penghasilan buku laporan industri adalah salah satu bahan yang menunjukkan bahawa pelajar yang menjalani latihan industri telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab mereka. Ini kerana segala maklumat yang berkaitan dengan aktiviti latihan industri akan dilaporkan di dalam laporan harian pada setiap hari dengan tugasan yang diberikan.
Sekiranya pelajar telah melakukan kesalahan seperti ponteng waktu bertugas atau masalah-masalah lain yang boleh menjejaskan imej dan kualiti sesebuah organisasi, secara tidak langsung laporan latihan industri dan buku laporan harian akan turut terjejas kerana segala kehadiran dan tugasan yang diberikan akan di ambil rekod oleh majikan. Masalah disiplin yang ditimbulkan pelajar boleh menghalang pelajar untuk mendapat gred yang cemerlang apabila terdapat rekod disiplin yang kurang memuaskan daripada majikan.

ii. Sebagai bantuan temuduga.
Menyiapkan laporan latihan industri juga adalah untuk memudahkan pelajar untuk sesi temuduga yang akan dijalankan di politeknik di mana ianya memerlukan segala maklumat yang dilaporkan semasa menjalani latihan industri. Justeru itu, laporan latihan industri ini adalah sebagai bantuan temuduga diantara pelajar dengan pensyarah. Segala maklumat tersebut akan disemak, diteliti dan diingati semula untuk memudahkan dan melicinkan perjalanan sesi temuduga apabila pensyarah mengajukan pelbagai pertanyaan berpandukan tugasan yang dilaporkan di dalam laporan latihan industri tersebut. Jika penghasilan laporan latihan industri ini tidak diwujudkan, maka pelajar akan lebih tertekan kerana perlu mengingati semua maklumat tersebut tanpa bahan rujukan sebagai bantuan dan panduan.
Laporan latihan industri ini juga bertujuan untuk melaporkan segala aktiviti atau tugas yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan semasa pelajar menjalani latihan industri. Aktiviti atau tugas tersebut akan dijelaskan secara terperinci di dalam laporan latihan industri yang akan disemak dan menjadi bahan bukti bahawa pelajar tersebut telah melaksanakan praktikalnya pada suatu tempoh masa yang telah ditetapkan, memberikan sepenuhnya komitmen dan tidak melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh organisasi di mana tempat pelajar menjalani latihan industri.

1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR.
Terdapat pelbagai jenis kepentingan yang boleh didapati hasil daripada proses latihan industri yang mana di antara kepunyaannya ialah: 

i. Menjadi syarat kelengkapan pengajian.
Salah satu syarat melengkapkan penganugerahan diploma adalah latihan industri. Sekiranya pelajar dapat menjalani dan membuat latihan serta laporan latihan industri dengan baik dan cemerlang maka pelajar telah melengkapkan syarat penganugerahan diploma. Jika sebaliknya, maka pelajar dianggap gagal dan perlu mengulang semula bagi syarat meneruskan semester yang berikutnya. 

ii. Menimba pengalaman.
Latihan industri banyak memberi pengalaman kepada pelajar tidak kira di bahagian apa sekalipun pasti memperolehi ilmu yang boleh membantu pelajar dalam menghadapi situasi bekerja. Dimana pengalaman di alam pekerjaan adalah amat berbeza dengan situasi di dunia pembelajaran kerana situasi pembelajaran hanya tertumpu kepada bahan bacaan seperti buku, pensyarah dan rakan seperjuangan tanpa melibatkan persekitaran luaran berbanding alam pekerjaan yang lebih mencabar.
Di antaranya adalah hubungan dengan pelanggan, orang-orang kenamaan, kakitangan dan melibatkan tugas-tugas yang mencabar dan perlu disiapkan secepat mungkin apabila diperlukan segera. Adakalanya, maklumat-maklumat sulit perlu dirahsiakan supaya tidak berada di tangan pesaing. Ianya jauh berbeza dengan dunia pembelajaran kerana segala maklumat hanya berkaitan dengan pelajaran dan tidak perlu menjadi rahsia untuk disimpan.

iii. Penilaian kebolehan diri. 
Ketika menjalani latihan industri ini, secara langsung pelajar dapat menilai sendiri kebolehan diri dalam menguruskan tugas di tempat latihan industri sama ada yakin mempunyai inisiatif sendiri dalam menguruskannya atau memerlukan bantuan orang lain. Sesetengah pelajar akan menilai potensi dirinya apabila berhadapan dengan permasalahan atau cabaran-cabaran yang akan menguji dan memotivasikan dirinya.
Sifat ini perlu wujud untuk memudahkan perjalanan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan supaya dapat merealisasikan suatu hasil kerja yang berkualiti serta mampu bersaing dengan kakitangan yang mempunyai pengalaman yang luas dalam sesuatu bidang yang diceburi. 

iv. Menguasai dan mempraktikkan ilmu. 
Segala ilmu yang dipelajari dan diperolehi semasa berada di politeknik dapat dipraktikkan oleh pelajar apabila menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan modul yang di ambil. Oleh yang demikian, apabila situasi tersebut berlaku, ini akan memudahkan dan melicinkan perjalanan tugas yang diberikan kepada pelajar kerana segala ilmu pengetahuan yang dipelajari dapat dimanfaatkan. 
Para pelajar juga dapat meningkatkan taraf penguasaan ilmu, dapat di amalkan dan digunakan sebaik mungkin untuk merealisasikan satu hasil kerja yang bermutu tinggi serta membuktikan bahawa pelajar juga mampu bersaing hebat dengan kakitangan yang berpengalaman luas.





0 comments:

Post a Comment