BAB 6 : DAPATAN DAN CADANGAN

BAB 6
DAPATAN DAN CADANGAN

6.1 DAPATAN DAN CADANGAN TERHADAP PIHAK POLITEKNIK.
Program Latihan Industri merupakan suatu program yang amat baik dan berfaedah bagi pelajar politeknik. Ianya adalah bagi menyesuaikan diri dalam keadaan kerja yang sebenar. Pelajar yang berpendidikan tinggi memerlukan pengalaman bekerja sebelum bermula di mana-mana syarikat. Tanpa sebarang pengalaman, pelajar akan menghadapi kesukaran semasa memulakan pekerjaan pada masa akan datang. Pengalaman merupakan perkara penting dalam mencari pekerjaan pada masa kiniMasa yang diperuntukkan untuk menjalani Program Latihan Industri adalah agak pendek. Ini kerana pelajar yang menjalani latihan industri akan dapat bekerja dengan lebih berkesan sekiranya masa yang diperuntukkan dipanjangkan. Jika dipersetujui, tempoh latihan industri harus dipanjangkan enam bulan. 
Dalam tempoh masa itu, pelajar akan memperolehi lebih banyak pengetahuan dalam segala bidang. Ini membolehkan pelajar praktikal tersebut lebih faham mendalami dalam melakukan kerjanya. Disamping itu, pelajar juga boleh mempelajari lebih banyak perkara yang tidak sempat belajar habis dalam tempoh latihan industri ditetapkan. Oleh itu, Program Latihan Industri perlu diteruskankan dari semasa ke semasa mengikut keperluan supaya pelajar dapat memahami dunia pekerjaan dan berkebolehan menjalankan tugas lebih sempurna dan menjadi lebih matang apabila keluar bekerja dalam sektor yang diceburi pada masa depan.Selain penggunaan Bahasa Melayu didalam dokumen politeknik yang berkenaan Program Latihan Industri, penggunaan Bahasa Inggeris adalah amat penting khususnya untuk berkomunikasi dengan orang awam. Oleh kerana penggunaan Bahasa Inggeris amat penting pada masa kini maka saya mencadangkan pihak politeknik menyampaikan sistem pembelajaran dalam bahasa inggeris secara tidak langsung pelajar yang kurang mahir akan menjadi pelajar yang boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.

6.2 DAPATAN DAN CADANGAN TERHADAP PIHAK ORGANISASI.
Setelah menjalani Program Latihan Industri di Perbadanan Putrajaya selama lima bulan, saya menyedari bahawa latihan industri ini telah banyak membantu saya dalam mengetahui selok-belok keadaan kerja sebenar dan cara-cara pengurusan dalam sesebuah agensi.Selain itu, komuniti ataupun hubungan kumpulan warga kerja Perbadanan Putrajaya adalah rapat dan mesra antara satu sama lain seperti satu keluarga yang saling bantu-membantu. Walaupun sebagai pelajar pratikal di agensi ini, tetapi saya dilayan seperti kenalan mereka. 
Semua warga kerja Perbadanan Putrajaya mempunyai tugasan yang tersendiri dalam melaksanakan tugas-tugas yang telah disenaraikan. Situasi ini telah dapat membantu saya menjalankan kerja dengan licin dan lancar disamping selalu bertanya apabila menemui masalah dalam kerja.Sekiranya saya menghadapi sebarang masalah dalam kerja yang dilakukan, kakitangan yang lain turut sudi membantu saya serta memberi tunjuk ajar yang amat berharga dan berguna untuk saya kerana kesanggupan mereka berkongsi pengalaman dan ilmu. Selain itu, saya juga sentiasa cuba sedaya upaya membantu semua kakitangan dan memastikan semua kerja yang dilakukan berjalan lancar dan teratur.

0 comments:

Post a Comment