BAB 5 : KESIMPULAN

BAB 5
KESIMPULAN

5.1 KESIMPULAN
Sepanjang menjalani Latihan Industri, pelbagai pengetahuan yang baru mengenai bidang teknologi maklumat yang telah diajar di Perbadanan Putrajaya. Segala pembelajaran semasa di politeknik dapat diaplikasikan dalam suasana pekerjaan sebenar. Selain itu, dapat melihat perkembangan semasa dalam hal-hal kerja yang berkaitan dengan ICT.Sepanjang lima bulan yang telah diwajibkan oleh pihak politeknik bagi menjalani latihan industri, pelbagai perkara yang dapat dipelajari dan memberi manfaat kepada kehidupan terutamanya dalam mendisiplinkan diri, cara berkomunikasi dengan baik, supaya lebih berkeyakinan dan dapat menghadapi pelbagai cabaran dalam apa jua keadaan yang berlaku.Latihan industri ini juga memberi saya pendedahan awal tentang alam pekerjaan, disiplin diri melalui ketetapan masa, cara berpakaian, cuti, tingkah laku terhadap kakitangan dan pelanggan. Secara tidak langsung melalui latihan ini saya bersedia, berani serta lebih berkeyakinan untuk berdepan dengan masalah yang mendatang. Seterusnya, pelbagai pengetahuan dan kemahiran baru yang saya perolehi melalui tunjuk ajar dan bimbingan daripada penyelia dan kakitangan di Perbadanan Putrajaya yang banyak memberi panduan dan komen yang membina.Sepanjang tempoh latihan industri ini, pihak kakitangan Perbadanan Putrajaya telah memberi banyak kerjasama dan sokongan padu yang amat berharga kepada saya. Berbagai aktiviti, teori dan kemudahan telah disediakan oleh pihak di Perbadanan Putrajaya dari masa ke semasa untuk mendedahkan saya kepada suasana kerja di dalam pejabat mahupun di luar pejabat sedikit sebanyak mungkin dapat mewujudkan hubungan yang mesra dalam kalangan warga kerja dan pelanggannya.Program latihan ini amat bererti dan merupakan peluang yang tidak mungkin diperolehi oleh saya dari segi teknikal, keusahawanan dan akademik yang merangkumi sebagai seorang pekerja.Program ini juga memberi peluang yang baik kepada saya dari segi komunikasi dan pergaulan dengan kakitangan dan pelanggan dalam pelbagai peringkat umur dan bangsa. Pada masa yang sama pergaulan itu juga akan memberi faedah di masa akan datang iaitu saya saya lebih mudah mencari pekerjaan jika terdapat disiplin dan keyakinan diri dalam diri saya.Secara kesimpulannya, latihan industri ini telah memberi banyak faedah dan pengalaman yang berharga kepada pelatih.Ia memberi peluang kepada pelatih untuk mengaitkan pelajaran di dalam kuliah dengan memperaktikkannya di tempat industri, menimba pengetahuan dan kemahiran baru, memupuk sikap kerja yang baik dan menjalinkan hubungan yang mesra di kalangan warga kerja. Selain itu, ia dapat menyakinkan pihak jabatan atau syarikat untuk mengambil pelajar lepasan politeknik untuk bekerja dengan jabatan,firma atau syarikat mereka.Akhir sekali, saya ingin menyatakan saya berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Semua ilmu pengetahuan yang diperolehi akan saya mempratikannya sama ada untuk diri saya sendiri ataupun keluarga. Jasa-jasa baik mereka akan saya ingati dan tidak akan saya lupakan.

0 comments:

Post a Comment